Photobucket

Senam Seni Menyingkap Aspirasi 1 Malaysia

Thursday, December 24, 2009


Senam Seni Malaysia yang diperkenalkan Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi semenjak Januari 2008 bertujuan mengangkat gerak tari tradisi pelbagai kaum sebagai elemen senaman telah dijadikan rutin di jabatan kerajaan dalam menyemai amalan ‘Malaysia Sihat’ serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan kakitangan.


Sehubungan dengan itu, pengajuran Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2009 tidak melepaskan peluang untuk mempertontonkan persembahan Senam Seni Malaysia di Majlis Perasmian Kejohanan SIPMA 2009 pada 12 Oktober yang lepas bertempat di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.


Seramai 200 orang guru pelatih pelbagai bangsa, kaum dan keturunan dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Raja Melewar, Seremban dan Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bharu akan memenuhi ruang lantai Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur telah mempersembahkan gerak tari-senam pada malam gilang gemilang tersebut.


Senam Seni Malaysia merupakan aktiviti senaman melalui pergerakan seni tari tradisi yang menggabungkan pelbagai jenis tarian tradisional Malaysia pelbagai bangsa antaranya ialah Tarian Zapin, Tarian Inang, Tarian Joget, Tarian Cina, Tarian India, Tarian Sumazau, Tarian Sewang, Seni Bela Diri dan lain-lain.

Posted by Jawatankuasa Perwakilan Pelajar at 9:00 AM  
0 comments

Post a Comment

Followers