Kabinet Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

Tuesday, December 22, 2009

Kabinet Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Raja Melewar terdiri daripada 24 orang Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang telah dipilih oleh pelajar melalui proses Pemilihan Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar secara tahunan.


Perwakilan Pelajar IPG Kampus Raja Melewar mengamalkan sikap kekeluargaan dalam melaksanakan pekerjaan secara berpasukan dengan berpegang teguh kepada nilai-nilai berikut:


§ Pemimpin Pelajar Cemerlang : Exco JPP bertekad untuk mengamalkan pembelajaran berterusan bagi membentuk pemimpin pelajar yang menekankan pembangunan modal insan pelajar dan berupaya melaksanakan setiap amanah dengan cemerlang.


§ Perjuangan Kebajikan Pelajar : Setiap permasalahan pelajar adalah keutamaan perjuangan Exco JPP.


§ Penganjuran Program Berkualiti : Setiap program yang dilaksanakan harus memberikan impak maksima untuk pelajar IPG Kampus Raja Melewar.


§ Semangat Berpasukan : Setiap Exco JPP prihatin kepada perkembangan sahsiah antara satu sama lain dan mengamalkan sifat kekeluargaan.


§ Kerjasama Bersama Entiti Pelajar : Jawatankuasa Perwakilan Pelajar berhasrat untuk menjalinkan hubungan kerjasama erat dengan setiap entiti pelajar berdaftar di kampus bagi melahirkan graduan IPG bertaraf dunia.

Posted by Jawatankuasa Perwakilan Pelajar at 11:09 PM  
0 comments

Post a Comment

Followers